Monday, October 1, 2018

UNIT 1

PENGAJIAN PENDIDIKAN (UNIT 1)

Pengajian Pendidikan Berasaskan :

  1. Sosiologi Pendidikan (KPS)
  2. Psikologi Pendidikan (KPP)
  3. Falsafah Pendidikan (KPF)
  4. Pedagogi (KPD)
  5. Penilaian Dalam Pendidikan (KPN)
  6. Teknologi Pendidikan (KPT)

SOSIOLOGI

  • Sistematik dan saintifik penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains.
  • Masyarakat ialah kumpulan manusia yang saling berhubung dan membentuk jalinan yang telah melahirkan pelbagai fenomena sosial.
  • Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.
  • Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyararakat.

TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

3 Teori Utama:

  1. FUNGSIONALISME
  • Teori fungsionalisme adalah mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  • Struktur sosial juga akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.

      2. KONFLIK
  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  • Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

     3. INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • Mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • Mengkaji dan melihat makna simbolik yang digunakan dalam interaksi manusia.
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia

No comments:

Post a Comment