Sunday, October 7, 2018
Pengenalan Diri
A.salam dan salam sejahtera kepada rakan seperjuangan. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini nama saya moshi (nama pena). Saya berumur 21 tahun berasal dari utara tanah air. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk salah satu sumber rujukan sendiri dan kawan-kawan dalam kursus KPS2014 iaitu Pengurusan Pembelajaran. Serba sedikit dapat membantu dan memberi ilmu pengetahuan kepada orang luar. Dengan adanya blog ini dapat saya menyebar ilmu kepada orang ramai tentang Pengurusan Pembelajaran. Terima kasih
Monday, October 1, 2018
UNIT 1
PENGAJIAN PENDIDIKAN (UNIT 1)
Pengajian Pendidikan Berasaskan :
Pengajian Pendidikan Berasaskan :
- Sosiologi Pendidikan (KPS)
- Psikologi Pendidikan (KPP)
- Falsafah Pendidikan (KPF)
- Pedagogi (KPD)
- Penilaian Dalam Pendidikan (KPN)
- Teknologi Pendidikan (KPT)
SOSIOLOGI
- Sistematik dan saintifik penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains.
- Masyarakat ialah kumpulan manusia yang saling berhubung dan membentuk jalinan yang telah melahirkan pelbagai fenomena sosial.
- Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.
- Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyararakat.
TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN
3 Teori Utama:
- FUNGSIONALISME
- Teori fungsionalisme adalah mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
- Struktur sosial juga akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.
2. KONFLIK
- Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
- Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
- Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.
3. INTERAKSIONISME SIMBOLIK
- Mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
- Mengkaji dan melihat makna simbolik yang digunakan dalam interaksi manusia.
- Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
Subscribe to:
Comments (Atom)